Manusia Bukan Dewa
Tuesday, April 29th, 2008Aku dari dulu lagi rasa tak berapa senang bila sesetengah golongan semacam terlalu mendewa2kan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Terutamanya sekarang ni bila PKR dah menang banyak dalam PRU-12. Kononnya dia lah bakal PM Malaysia akan dtg. Tak salah untuk membuat andaian, tapi jgn lah terlalu berlebihan mengagungkan seseorang.
Tak dapat dinafikan bahwa DS Anwar adalah seorang yg hebat. Mempunyai pengaruh yg besar serta berkarismatik. Ada yg kata kerana beliau gerakan2 Islam di Malaysia berpecah pd awal 80an dan kerana beliau jugalah gerakan2 Islam ini kembali bersatu pd tahun 1998. Kerana beliau juga buat pertama kalinya semua parti pembangkang bersatu pada tahun 1999 dan sekali lagi pd tahun 2008. Namun hakikatnya, sehebat mana pun DS Anwar, beliau masih tetap seorang manusia biasa yg tidak bisa lari dr membuat kesilapan dan dosa.
Sama juga seperti Tun Dr Mahathir dan TG Dato’ Nik Abd Aziz. Mereka ini org yg hebat2 belaka. Dr.M sebagai contoh seorang yg berani, outspoken, brjiwa kental, degil, berfikiran jauh dan bijak. Tetapi sekali lagi beliau juga seorang manusia biasa yg tak mampu lari dr kesilapan dan dosa.
TG Nik Aziz pula tak prlu diceritakan lg ttg kehebatannya. Aku hampir menitiskan air mata membaca kisah TG Nik Aziz ini. Seorang yg sgt bersederhana, warak, bijak, mempunyai ilmu yg luas, serta kental jiwanya dalam berjuang menegakkan Islam. Namun sekali lagi Tg Nik Aziz juga bukan dewa, dia juga manusia biasa yg melakukan kesilapan dan dosa.
Manusia2 yg hebat ini mmg menjadi perhatian ramai. Nama mereka menjadi sebutan, cara mereka menjadi ikutan, pemikiran mereka menjadi perbincangan dan pengaruh mereka meluas. Mereka menjadi inspirasi kpd ramai orang serta layak mendapat sanjungan dan pengiktirafan. Namun itu semua bukan modal untuk kita terlalu mengagungkan mereka. Mereka tetap manusia yg makan nasi dr beras yg sama dan menghirup oksigen dr udara yg sama dgn kita. Apabila manusia yg hebat2 ini berbuat suatu kebaikan maka kita sokonglah. Tapi bila mereka membuat kesilapan , menjadi tanggungjawab kita untuk menegur dan membetulkan. Jangan lah segala yg dilakukan oleh mereka walaupun perkara tesebut salah, kita masih menyokong dan mengampu.
Mendewa2kan atau terlalu memuja manusia hanya mendatangkan mudarat yg lebih besar bukan menambah hebatnya seseorang manusia itu. Lihat saja apa yg telah terjadi pd kumpulan Al-Arqam. Kerana terlalu mengagungkan pemimpin mereka, kumpulan ini telah jauh menyimpang dr ajaran Islam yg sebenar. Dalam sejarah peradaban manusia juga telah menunjukkan betapa dahsyatnya kesan jika kita terlalu mendewa2kan seseorang. Bagaimana Gautama Buddha dan Nabi Isa/Jesus diangkat sehingga setaraf dgn tuhan, kerana sikap pengikut2nya yg terlalu memuja mereka. Gautama Buddha dan Nabi Isa mmg istimewa, tetapi mereka tidak lah setaraf dgn tuhan, mereka masih manusia.
Kesimpulannya, berpada2 lah dalam menyanjung manusia. Janganlah terlalu menyanjung2 seseorang sehingga kita mendewakan mereka. Sehebat manapun seorang manusia itu, mereka masih lagi seorang manusia. Berilah sokongan bila manusi itu betul, dan betulkan lah jika mereka membuat kesilapan. Kesilapan, kekurangan dan kelemahan yg ada pd seseorang itulah yg memanusiakn manusia. Sesungguhnya manusia bukan dewa.
