Mengubah minda politik rakyat Malaysia - seruan kepada generasi muda
Saturday, February 23rd, 2008
Dunia ini sangat unik. Tiada satu pun perkara di dunia yang seratus peratus tepat dan benar. Tiada yang betul2 hitam dan tiada yg betul2 putih. Dunia ini bermacam-macam dan berwarna-warni. Setiap perkara pasti ada baik buruknya, positif negatifnya, serta kelebihan dan kekurangannya.
Pilihanraya Umum ke-12 sudah hampir menjelma, parlimen sudah pun dibubarkan walaupun pada hari sebelumnya Paklah yang di ‘kasihi ramai’ sempat pula bermain teka-teki dengan semua rakyat Malaysia. Esok, 24/2 pula hari penamaan calon dan dua minggu lagi adalah hari pengundian.
Malaysia memang unik, tarikh pilihanraya di Malaysia seperti tarikh lailatulqadar. Hanya Allah dan Paklah yg tahu… tak macam negara lain yg kononnya mundur seperti Zimbabwe dan Myanmar..negara2 ini tarikh pilihanrayanya sudah diumumkan lama sebelum tarikh sebenar.
Sekarang ni yg paling sibuk pastilah org2 politik. Sibuk dengan kempen, menabur janji2 manis, menabur duit, dan mcm2 lagi. Biasa la tu..bila masa2 nak pilihanraya sj ahli2 politik akan turun padang, lepas tu hilang.. perkara ni dah jadi lumrah dan menjadi bahan jenaka rakyat bawahan.
Cuma aku agak kesal dgn suasana politik di Malaysia. Politik yg tidak matang, cacar-merba, berat sebelah, bertanding atas padang yg tak sama rata. Sekarang ni di TV dan di dada2 akhbar berbagai propaganda disiarkan berulang-ulang setiap hari. Pastinya propaganda yg menghentam teruk pembangkang di Malaysia. Pembangkang seolah-olah tiada peluang langsung di Malaysia, seolah-olah penjenayah, penyangak, pengacau dan byk lagi la.. pendek kata semuanya negatif. Dan parti pemerintah seolah-olahnya dewa-dewi yg diturunkan dr langit utk rakyat Malaysia.. merekalah segala2nya yg baik2.. pendek kata macam malaikat la..
Melihat dan menghadapi situasi seperti ini di bumi bertuah Malaysia menyebabkan aku mengeluh panjang. Pembangkang bukan penjenayah, mereka inilah yang banyak berjasa kepada negara. Mereka menjadi check and balance kpd kerajaan. Membantu kerajaan supaya tidak terpesong fungsinya dr berkhidmat kpd rakyat. Kerajaan dan pembangkang hanyalah di dewan rakyat tapi di luar mereka adalah sahabat akrab. Segala2nya yg perlu ada kotak fikiran kerajaan dan pembangkang adalah cara utk membawa negara dan rakyat Malaysia kepada yg lebih baik. Tetapi apa yg berlaku pd hari ini di pihak parti pemerintah adalah tiada satu kebaikan kpd pembangkang, dan di pihak pembangkang pula tiada satu kebaikan di pihak kerajaan.
Sudah tiba masanya rakyat Malaysia berubah. Tak perlulah pergi jauh2 ke Amerika atau Eropah utk membuat perbandingan, cukuplah jika kita mampu mengambil contoh Indonesia dan Thailand yg dr satu segi taraf pemikiran dan suasana politiknya lebih terbuka dan matang. Dan tanggungjawab ini perlu dipikul oleh generasi muda Malaysia utk mengubah minda rakyat Malaysia. Kita perlu sedar institusi pembangkang sgt penting di Malaysia. Hanya pembangkang yang kuat dapat melahirkan kerajaan yg baik, yg untungnya nanti rakyat jelata juga.
Mengapa pembangkang yg kuat penting?
Untuk berlaku adil, kita perlu mengakui bahawa kerajaan yg ada pd hari ini adalah baik prestasinya dr beberapa segi, namun seperti biasa, banyak juga kelemahan2 yg berlaku, dan kelemahan ini dapat dihindari dgn adanya pembangkang yg kuat di Dewan Rakyat. Antara contoh dasar kerajaan yg lemah adalah penggunaan Bahasa Inggeris dalam pelajaran Matematik dan Sains di sekolah2. Aku masih ingat pd ketika idea ini hangat dibincangkan di dewan rakyat, media2 di Malaysia dgn membuta-tuli menyokong habis-habisan. Segala yg dipaparkan adalah positif. Pendapat ahli2 akademik mahu pun ahli2 politik pembangkang yang tidak menyetujui dasar ini langsung tidak disiarkan. Ya la.. media kerajaan mesti la mengampu kerajaan.. Rakyat hanya mendapat maklumat yg berat sebelah dan mereka tidak di buka minda utk menerima pendapat kedua dan akhirnya dasar ini dilaksanakan. Sekarang, setelah PM yg dahulu sudah meletak jawatan dan setelah ahli2 MCA dan sesetengah ahli UMNO tidak menyutujuinya barulah media hendak menyiarkan pendapat2 yang menolak dasar ini. Tp nak ubah pun dah terlambat, duit dah berbilion habis..yg untung adlah syarikat2 kroni yg dapat tender membekalkan laptop dan buku2 teks, yg rugi adalah rakyat.
Dasar lain adalah pembinaan jambatan bengkok yg menghubungkan Johor dan Singapura. Pada ketika cadangan utk jambatan bengkok ini hendak di bina, segala2nya yg dipaparkan di media2 adalah yg positif belaka. Segala2nya bagus. Tapi setelah PM yg terdahulu meletak jawatan dan Paklah tak mahu meneruskan projek ni maka media mengatakan inilah yg terbaik utk rakyat Malaysia..dan kerajaan terpaksa membayar beratus2 juta kpd syarikat kontraktor sebagai ganti rugi pembatalan projek.. hmm..malang betul.. yg ruginya adlah rakyat jelata yg membayar cukai.. pembuat2 dasar, pak2 menteri tak rugi apa2..mereka selesa di kerusi empuk di pejabat msg2.
Aku x mau crita la psl benda2 lain..harga minyak, sistem kehakiman, rasuah, hindraf…semua tu boleh baca sendiri. Aku bukan ahli politik..
Bagaimana hendak mengubah minda rakyat?
Perlu di akui bahawa suasana poltik di Malaysia ini menyebabkan sesetengah orang fobia dan anti politik. Politik dianggap permainan kotor dan tidak bermaruah. Akta2 seperti AUKU juga telah menyebabkan generasi muda menjauhi politik. Namun kita perlu sedar politik bukan sekadar parti, politik merangkumi sistem kehidupan, hak2 asasi manusia, juga tentang masa depan agama, bangsa dan negara. Kefahaman yg jelas perlu supaya kita mampu mewujudkan satu suasana politik yg bersih dan matang.
Media arus perdana perlu bebas atau sekurang2nya janganlah terlalu bersifat mengampu. Pembangkang perlu diberi peluang sama rata di dalam media arus perana. Setiap cadangan yang menyentuh dasar dan masa depan negara perlu dibincangkan secara terbuka dan masak supaya generasi masa depan tidak menanggung akibat buruk dari dasar yg lemah.
Pemikiran politik di Malaysia juga perlu melangkaui sempadan agama, bangsa, dan ideologi. Walaupun basis parti2 politik di Malaysia adalah bangsa seperti UMNO, MIC dan MCA, ideologi nasionalisme seperti DAP dan Gerakan serta basis agama sepeti PAS. Tetapi tidak bermakna parti2 ini perlu terkongkong dengan kepompong fahaman msg2.
Secara keseluruhannya menjadi impian kita semua untuk melihat perubahan terhadap minda dan suasana politik berlaku di Malaysia. Generasi muda seperti kita bertanggungjawab untuk mengubah perkara ini. Gunakanlah hak untuk mengundi ini dengan sebaik2nya untuk mengundi calon yg terbaik. Moga Malaysia menjadi lebih maju dan cemerlang.
’vote 4 a new political mindset reform’
~afad~
