Archive for August, 2007

Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi

Wednesday, August 8th, 2007

p/s-sila baca..

satu penulisan yg sgt baik dr abu saif..

x sangka pemikiran aku sama dgn dia..wakaka..:)

200960830l_1










Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi      

Saturday, 28 July 2007

 

Catatan Abu Saif : “Cukuplah sudah aku dipermainkan selama
ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap
seorang siswi yang putus cinta. “Cinta manusia adalah palsu belaka.

 

Cinta Allah, itu
yang utama”, kata seorang yang lain.Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan
seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin
banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan. Fahamkah
mereka dengan apa yang mereka ungkapkan? Cinta Ilahi? Tiada lagi cinta lelaki?
Wanita gila harta? Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti
Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri
tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

 

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan
cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati
kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

 

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

 

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada
penggantinya?!

 

BERTAPA?

 

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib?
Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia?
Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

 

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir
sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu
sederhana?

 

 

“Sesungguhnya
salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam
telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak
berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak
akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan
mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak
akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan
berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap
seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka,
bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan
daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari
kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

 

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari
makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan
menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

 

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali
abstrak dan penuh misteri.

 

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair
yang bertepek di

sana

sini di blog siswa siswi.

 

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu
memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

 

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

 

CINTA ILAHI

ADA

CARANYA

 

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri
terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

 

tuhibbunallah.JPG

 

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka
ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya
kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal
Imraan 3: 31)

 

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah
macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

 

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan
memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan
segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

 

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah
khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

 

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan
ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian
dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap
CINTA ILAHI.

 

ABU SAIF